Halaman Blogger

Thursday, October 9, 2014

Kitar Hayat Seekor Rama-Rama

           

Tahukah kawan-kawan bahawa secara purata, seekor rama-rama boleh bertelur sebanyak 200 biji. Daripada sebiji telur kecil, lahirlah seekor ulat bulu. Ulat bulu ini mempunyai nafsu makan yang menakjubkan selama dua atau tiga minggu. Kemudian, ulat bulu itu mencari tempat untuk bergayut. Ini menandakan bermulanya satu lagi kejadian hidup rama-rama. Ulat bulu itu akan menjadi seekor kepompong atau pupa. Kepak dan kakinya akan terbentuk. Akhirnya, jadilah seekor rama-rama.

Telur rama – rama adalah amat kecil, bujur, atau berbentuk silinder, mempunyai sangkar yang amat halus dan lain – lain struktur mikroskopik. Rama – rama betina bertelur pada daun, batang tumbuhan, atau objek – objek yang lain, selalunya pada atau berhampiran sumber makanan untuk beluncas.
(‘The egg is a tiny, round, oval, or cylindrical object, usually with fine ribs and other microscopic structures. The female attaches the egg to leaves, stems, or other objects, usually on or near the intended caterpillar food.’)

Beluncas (larva) adalah panjang, peringkat yang kelihatan seperti cacing. Ia selalunya mempunyai corak - corak jalur atau tompok – tompok yang menarik, dan juga mempunyai rerambut halus seakan – akan duri – duri halus. Ia merupakan peringkat mendapatkan makanan dan tumbesaran. Sepanjang perkembangannya, ia menanggalkan kulitnya empat kali atau lebih untuk membaluti atau menyelaputi badannya yang membesar.
(‘The caterpillar (or larva) is the long, worm-like stage of the butterfly or moth. It often has an interesting pattern of stripes or patches, and it may have spine-like hairs. It is the feeding and growth stage. As it grows, it sheds its skin four or more times so as to enclose its rapidly growing body.’)

Pupa (krisalis) adalah peringkat transformasi dalaman yang mana tisu – tisu beluncas mengalami penggantian membentuk struktur serangga dewasa. Warna pupa kebanyakan spesis ialah jingga atau hijau dan ia sama dengan warna persekitaran.
(‘The chrysalis (or pupa) is the transformation stage within which the caterpillar tissues are broken down and the adult insect's structures are formed. The chrysalis of most species is brown or green and blends into the background.’)

Peringkat dewasa (atau imago) adalah rama – rama atau kupu - kupu yang berwarna – warni. Ia adalah peringkat reproduktif dan boleh bergerak bagi spesis rama – rama. Peringkat dewasa melalui proses memikat, mengawan dan bertelur. Peringkat rama – rama atau kupu – kupu dewasa juga merupakan peringkat di mana mereka bermigrasi atau mengkoloni sesuatu habitat tertentu.
[‘The adult (or imago) is colorful butterfly or moth usually seen. It is the reproductive and mobile stage for the species. The adults undergo courtship, mating, and egg-laying. The adult butterfly or moth is also the stage that migrates or colonizes new habitats.’



Kitar Hayat Seekor Katak

KENALI KITAR HIDUP KU 

Peringkat Pertama
Penghasilan telur


Katak menghasilkan telur di dalam air atau di kawasan yang berair. Telur-telur ini melekat antara satu sama lain membentuk sekelompok telur. 

Katak bertelur sehingga beratus-ratus biji telur. Ini adalah bagi memastikan kemandirian hidup spesisnya.

Telur katak diselaputi struktur seperti agar-agar yang agak licin bertujuan untuk melindungi telur tersebut. 
Katak betina tidak akan menjaga telurnya selepas bertelur. 

Telur-telur tersebut akan berkembang tetapi hanya sebahagian sahaja yang akan berjaya menetas menjadi katak. Ini kerana, hidupan lain seperti ikan, itik, serangga dan lain-lain haiwan akan memakan sebahagian telur tersebut.


Peringkat Kedua
Berudu


Selepas 21 hari tempoh perkembangan, telur akan bertukar  menjadi berudu. Berudu akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari – 3 minggu.


Berudu memakan tumbuhan air yang kecil (yang melekat pada tumbuhan air yang besar). Tumbuhan kecil ini di panggil alga.







Berudu mempunyai ekor yang panjang dan tinggal di dalam air. Ia masih belum berupaya untuk hidup di darat. Ia sangat lemah dan mudah mati akibat ancaman oleh haiwan lain (dijadikan makanan) atau apabila tempat tinggalnya menjadi kering.






Peringkat Ketiga
Anak katak

 Selepas 5 minggu, berudu mula ditumbuhi kaki belakang diikuti dengan kaki hadapan. Manakala ekornya pula mula mengecil. Paru-paru juga mula mengembang (bagi membolehkan katak hidup di darat).



Pada peringkat ini, berudu akan mula berenang ke permukaan air untuk bernafas. Ekornya juga membantu ia berenang bagi memudahkan ia untuk mendapatkan makanan. Berudu mula makan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang reput.


Lama kelamaan, berudu mula kelihatan seperti katak. Ia menanggalkan kulit. Mulutnya mula melebar dan rahangnya mula hilang. Ekornya mengecil manakala kaki mula membesar. Paru-paru semakin berkembang dan menjalankan fungsinya.




Peringkat Akhir
Katak


Selepas 11 minggu, berudu telah berkembang dengan lengkap. Ia menjadi seekor katak yang mempunyai paru-paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air. Katak lebih banyak menghabiskan hidupnya di atas darat berbanding di dalam air. Anak katak ini mula memakan seranggan dan cacing. Ia akan menjadi katak dewasa dan akan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini akan berulang kembali.




Tuesday, October 7, 2014

Jenis Jenis Tumbuhan Tutup Bumi



Tanaman penutup bumi


Tanaman penutup bumi adalah tumbuh-tumbuhan yang boleh tumbuh sangat cepat digunakan sebagai tanaman di antara tanaman utama untuk mencegahkan hakisan. Fungsi utamanya adalah untuk pengurusan kesuburan tanah, kualiti tanah, air, rumpai, perosak dan penyakit, biodiversiti dan hidupan liar dalam sesuatu agroekosistem. Agroekosistem tersebut ialah sebuah sistem ekologi diuruskan dan dibentuk hampir keseluruhannya oleh manusia secara intensif untuk penghasilan makanan, foder atau serat.


 
Arachis pintoi banyak digunakan sebagai tanaman penutup bumi bersama pokok hiasan.
 
Tanaman penutup bumi mendapat perhatian dalam pertanian lestari dengan kebanyakannya meningkatkan sifat kelestarian agroekosistem dan secara tidak langsung meningkatkan kualiti ekosistem semulajadi sekitarnya. Petani memilih untuk menanam dan menguruskan beberapa spesis tanaman penutup bumi berdasarkan keperluan dan matlamat mereka. Ia bergantung kepada faktor biologi, persekitaran, sosial, budaya, dan ekonomi sistem makanan di kawasan petani itu beroperasi.


Diantara tumbuhan tutup bumi yang sering dijumpai:-
Tutup Bumi Rimba/ Tapak Sulaiman