KENALI KITAR HIDUP KU
Peringkat Pertama
Penghasilan telur
Katak menghasilkan telur di dalam air atau di kawasan yang berair. Telur-telur ini melekat antara satu sama lain membentuk sekelompok telur.
Katak bertelur sehingga beratus-ratus biji telur. Ini adalah bagi memastikan kemandirian hidup spesisnya.
Telur katak diselaputi struktur seperti agar-agar yang agak licin bertujuan untuk melindungi telur tersebut.
Katak betina tidak akan menjaga telurnya selepas bertelur.
Telur-telur tersebut akan berkembang tetapi hanya sebahagian sahaja yang akan berjaya menetas menjadi katak. Ini kerana, hidupan lain seperti ikan, itik, serangga dan lain-lain haiwan akan memakan sebahagian telur tersebut.
Peringkat Kedua
Berudu
Selepas 21 hari tempoh perkembangan, telur akan bertukar menjadi berudu. Berudu akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari – 3 minggu.
Berudu memakan tumbuhan air yang kecil (yang melekat pada tumbuhan air yang besar). Tumbuhan kecil ini di panggil alga.
Berudu mempunyai ekor yang panjang dan tinggal di dalam air. Ia masih belum berupaya untuk hidup di darat. Ia sangat lemah dan mudah mati akibat ancaman oleh haiwan lain (dijadikan makanan) atau apabila tempat tinggalnya menjadi kering.
Peringkat Ketiga
Anak katak
Selepas 5 minggu, berudu mula ditumbuhi kaki belakang diikuti dengan kaki hadapan. Manakala ekornya pula mula mengecil. Paru-paru juga mula mengembang (bagi membolehkan katak hidup di darat).
Pada peringkat ini, berudu akan mula berenang ke permukaan air untuk bernafas. Ekornya juga membantu ia berenang bagi memudahkan ia untuk mendapatkan makanan. Berudu mula makan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang reput.
Lama kelamaan, berudu mula kelihatan seperti katak. Ia menanggalkan kulit. Mulutnya mula melebar dan rahangnya mula hilang. Ekornya mengecil manakala kaki mula membesar. Paru-paru semakin berkembang dan menjalankan fungsinya.
Peringkat Akhir
Katak
Selepas 11 minggu, berudu telah berkembang dengan lengkap. Ia menjadi seekor katak yang mempunyai paru-paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air. Katak lebih banyak menghabiskan hidupnya di atas darat berbanding di dalam air. Anak katak ini mula memakan seranggan dan cacing. Ia akan menjadi katak dewasa dan akan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini akan berulang kembali.
jangka hayat ada tk?
ReplyDeletennt message di sini ye....😂
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDelete